SARINGAN MLBB SIRI 4 NADI FELDA BUKIT DAMAR

Laporan Aktiviti | 4 July 2026

Pada 27 Jun yang lalu NADI Felda Bukit Damar telah mengadakan saringan permainan Mobile Legend bagi memilih pasukan yang akan mewakili NADI Felda Bukit Damar ke peringkat negeri. Sebanyak 3 pasukan telah menyertai saringan tersebut dan satu pasukan telah berjaya menjadi juara sekaligus menjadi wakil NADI kami ke peringkat seterusnya. 3 pasukan yang menyertai saringan ini ialah Matriz Boyz, Putih Hitam Giant (PHG) dan Art Of Skill E-Sport.

Putih Hitam Giant ketika perlawanan sedang berlangsung

Disamping saringan ini, petugas NADI turut menyelitkan sedikit kelas ringkas berkenaan E-Sukan bagi semua peserta berkenaan kerjaya baharu dalam industri digital yang disediakan oleh penganjur utama.

Peserta ketika kelas ringkas berlangsung.

Setelah selesai saringan ini, pasukan Matriz Boyz telah berjaya mengalahkan semua pasukan yang menyertai saringan ini dan akan mewakili NADI Felda Bukit Damar ke peringkat negeri yang akan berlangsung nanti.

Matriz Boyz yang akan mewakili NADI Felda Bukit Damar