Pada 2 Ogos yang lepas pihak NADI Felda Bukit Damar telah menjalankan pertandingan saringan MLBB peringkat NADI di Felda Bukit Damar. Pertandingan saringan ini telah berjaya dijalankan dengan kehadiran 4 pasukan iaitu El Poke, Alpha Cat, Wolftime E-Sport dan Dama. Sepanjang saringan dijalankan mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Saringan tersebut dijalankan dengan format kalah mati (best of 3). Sebanyak 4 pusingan permainan diadakan dan kumpulan EL Poke telah berjaya memenangi saringan tersebut dan akan mewakili NADI Felda Bukit Damar bagi peringkat negeri yang akan dijalankan dari 1 September sehingga 30 November 2025.


