✨ Selamat datang ke NADI Felda Bukit Damar!✨ Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kami menyediakan pelbagai kemudahan ICT, akses internet berkelajuan tinggi serta ruang pembelajaran untuk semua lapisan masyarakat. Melalui Smart Service di NADI, anda boleh menikmati perkhidmatan seperti program Tuisyen Rakyat (DilLEA), Kempen Internet Selamat (KIS), cybersecurity, program Tiny Techies, saringan kesihatan percuma, program pembangunan kemahiran, serta sokongan kepada usahawan tempatan. Jom tonton video ini dan kenali bagaimana NADI Felda Bukit Damar membantu memperkasa komuniti dengan teknologi dan inovasi.