Kubang Gajah Waterpark

Kubang Gajah Waterpark merupakan sebuah kawasan rekreasi bagi penduduk di kawasan Temerloh, Pahang. Ia merupakan kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan anak-anak. Kawasan yang strategik menjadi tunjang utama menarik pengunjung untuk datang ke Kubang Gajah Waterpark. Ini kerana kawasan ini berhampiran dengan bandar Temerloh yang memudahkan pengunjung membeli-belah. Selain itu, kawasan ini juga berhampiran dengan taman permainan yang berdekatan tasik yang mana pengunjung dapat menghirup udara segar sambil beriadah.

sumber : klustertemerloh.blogspot.com