mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Nurul Amirah Fardhuha

 USAHAWAN MAKANAN [DAGING SALAI & PEKASAM]

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2016

UMUR : 24 tahun

 

LATAR BELAKANG

Pn. Amirah, 24 tahun merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku iaitu daging salai dan juga pekasam daging. Beliau merupakan salah seorang belia kampong yang mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi. Beliau tidak pernah mendapat didikan secara formal dalam bidang kulinari. Namun, atas dasar minat dan kesungguhan yang beliau miliki, beliau mampu untuk memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan makan sejuk beku yang segar dan rasanya yang enak.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan sejak awal tahun 2015 selepas mendapat maklum balas positif dari ahli keluarga dan juga rakan-rakan yang telah merasai keenakan produk makanan yang dihasilkan. Pada awal perniagaan, beliau hanya memasarkan produk makanan apabila menerima tempahan rakan-rakan dan juga jiran tetangga. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.Sebelum penggunaan ICT, Pn. Amirah hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar dan memiliki pendapatan kurang dari RM200 sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Atas pendapat petugas PI1M beliau mula berjinak menggunakan kemudahan teknologi komputer untuk menguruskan perniagaan. Beliau telah memasuki beberapa kelas keusahawanan untuk memahirkan lagi penggunaan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word. Pn. Amirah juga didedahkan dengan beberapa laman web dan aplikasi khas untuk perniagaan atas talian. Antaranya adalah laman web Dashboard Komuniti (MyShop) dan juga penggunaan Whatsapp serta Facebook. Beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan anjuran Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Bukit Damar iaitu Bengkel ‘Photoshoot Your Product’ dan Dashboard MyShop di PI1M Felda Bukit Damar. Bengkel yang diadakan lebih menfokuskan kepada cara untuk mengambil gambar produk secara kreatif dan menarik serta memberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi dashboard komuniti (MyShop). Hasil dari penerangan dan tunjuk ajar dari petugas PI1M, beliau kini berjaya menggunakan aplikasi dashboard untuk memasarkan produk perniagaan beliau secara atas talian.

 

GAMBAR