CELIK IT – Nur Syifaulqalbi Binti Zakaria
| BELAJAR INTERNET & MICROSOFT OFFICE |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2010
UMUR : 19 tahun
LATAR BELAKANG
Nur Syifaulqalbi, 19 tahun merupakan salah seorang cucu peneroka generasi ke-3 di Felda Bukit Damar. Beliau merupakan lepasan SMA dan masih menunggu peluang pendidikan di peringkat lebih tinggi dan beliau juga antara salah seorang belia yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI1M Felda Bukit Damar.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Syiaulqalbi mula mengenal ilmu ICT ketika di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor kurang berminat, pembelajaran penggunaan komputer tidak dipandang serius. Setelah tamat pengajian, sementara menunggu peluangpendidikan di peringkat lebih tinggi, beliau bercadang untuk mencari pekerjaan yang sesuai namun kekurangan ilmu dalam bidang perkomputeran menyukarkan beliau mendapatkan pekerjaan yang diingini. Hal ini telah menyedarkan beliau dan mengambil peluang untuk mempelajari penggunaan komputer dan internet di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Syufaulqalbi mula mengikuti kelas komputer pada bulan Jan 2017 dan telah menamatkan kelas pada April 2017. Sepanjang kelas komputer yang disrtainya, beliau gigih mempelajari asas kemahiran komputer dan perisian Microsoft Office (Ms Word & Ms Excel). Beliau juga mempelajari teknik penulisan resume dalam persediaan untuk mencari peluang pekerjaan. Kini beliau telah memperoleh pekerjaan sebagai penjaga akaun sambilan bagi perusahaan kecil-kecilan usahawan di Felda Bukit Damar. Sehingga kini beliau masih berhubung dengan petugas PI1M jika mempunyai masalah dalam urusan perisian Ms Excel.
GAMBAR


