mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q2 2017

 

 

KEUSAHAWANAN – Farah Nabilah Candy Binti Abdullah

 USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2011

UMUR : 39 tahun

 

LATAR BELAKANG

Pn. Farah Nabilah, 39 tahun merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan produk kesihatan dan kosmetik. Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2013 dengan membuka sebuah kedai di Taman Lanchang Permai. Walaupon beliau berasal dari Sabah, beliau telah menetap di Felda Bukit Damar sejak awal tahun perkahwinan iaitu kira-kira 12 tahun yang lepas. Usahawanita yang berbangsa Kadazan ini tidak lokek menetap dan bergaul di kalangan bangsa melayu malah mampu untuk membuka perniagaan di mana rata-rata pelanggan tetap beliau merupakan orang berbangsa melayu.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau yang lebih mesra disapa Candy dikalangan rakan-rakan dan pelanggan telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sejak tahun 2013. Berbekalkan semangat dan lebihan pendapatan beliau telah membuka kedai untuk perniagaan beliau. Namun setelah membuka kedai, perniagaan beliau tidak sentiasa memberi pulangan yang memuaskan iaitu kurang dari RM1000 sebulan. Pn. Candy bertungkus lumut membuat promosi seperti potongan harga dan mengedarkan risalah untuk memperkenalkan produk perniagaan beliau. Namun begitu hasil pendapatan masih lagi tidak memuaskan. Menyedari keperluan untuk mempromosikan produk perniagaan beliau secara meluas, beliau telah memasuki beberapa kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Felda Bukit Damar. Beliau telah diperkenalkan dengan penggunaan website untuk tujuan promosi atas talian.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Hasil tunjuk ajar petugas PI1M dan kesungguhan Pn. Candy untuk memajukan perniagaan, beliau kini telah berjaya membina website atas nama Affa Beauty House untuk perniagaan beliau. Selain dari website, beliau juga gigih mengemaskini laman Facebook milik perniagaan dengan memuaturun pelbagai produk kesihatan dan kosmetik yang ditawarkan di kedai beliau. Kini perniagaan beliau telah berkembang setapak kehadapan dengan menawarkan perkhidmatan spa. Hasil usaha yang berterusan mempromosikan perniagaan di internet pendapatan beliau kini mencecah anggaran RM 3500 – RM 4500. Hasil dari penerangan dan tunjuk ajar dari petugas PI1M, kini beliau sedang gigih menggunakan aplikasi dashboard komuniti (Myshop) sebagai salah satu cabang untuk memasarkan produk perniagaan beliau secara atas talian.

 

GAMBAR