CELIK IT – Abdullah Bin Othman
BELAJAR KOMPUTER & MENAIP |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2015
UMUR : 24 tahun
LATAR BELAKANG
Abdullah, 24 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi ke-2 di Felda Bukit Damar. Beliau bekerja sendiri dan beliau juga antara salah seorang belia yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI1M Felda Bukit Damar.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Abdullah mula mengenal ilmu ICT ketika di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor kurang berminat, pembelajaran penggunaan komputer tidak dipandang serius. Setelah tamat pengajian, beliau mula mencari pekerjaan yang sesuai namun kekurangan ilmu dalam bidang perkomputeran menyukarkan beliau mendapatkan pekerjaan yang diingini. Hal ini telah menyedarkan beliau dan mengambil peluang untuk mempelajari penggunaan komputer dan internet di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Abdullah mula mengikuti kelas komputer pada bulan Oktober 2015 dan telah menamatkan kelas pada Disember 2015. Atas kesibukan bekerja dan kurang penggunakan komputer dalam kehidupan harian menyebabkan kemahiran penggunaan perisian Microsoft Office semakin berkurang. Disebabkan beliau mula berjinak-jinak membuat perniagaan secara kecil-kecilan, beliau mula kembali mempelajari perisian Microsoft Office bagi memudahkan urusan perniagaan beliau. Beliau telah mengikuti kelas komputer MS Word pada awal bulan Februari 2017 dan sehingga kini masih lagi mengikuti kelas lanjutan seperti MS Excel, Ms Power Point dan MS Publisher. Beliau kini mampu membuat iklan perniagaan dan juga surat menyurat untuk memohon bantuan kewangan.
GAMBAR