mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1 2017

 

 

KEUSAHAWANAN – Halimah Binti Mat Ali

 USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2016

UMUR : 62 tahun 

 

LATAR BELAKANG

Pn. Halimah Bt Mat Ali, 62 tahun merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan barangan kesihatan terutama minyak urut. Pn. Halimah bukan sahaja membuat dan menjual miyak urut pelbagai jenis tetapi juga memberi khidmat mengurut di rumah beliau. Beliau merupakan seorang surirumah yang tidak mempunyai pendapatan. Oleh kerana keadaan ekonomi keluarga yang agak membebankan beliau telah memulakan perniagaan menjual minyak urut sejak tahun 2010. Kepakaran menghasilkan minyak urut yang beliau miliki sejak muda lagi mampu menjana pendapatan sampingan keluarga. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum penggunaan ICT, Pn. Halimah hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga pasar-pasar yang terdekat disamping tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Atas pendapat petugas PI1M beliau mula berjinak menggunakan kemudahan teknologi komputer untuk menguruskan perniagaan. Beliau telah memasuki beberapa kelas keusahawanan untuk memahirkan lagi penggunaan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word. Pn. Halimah juga didedahkan dengan beberapa laman web dan aplikasi khas untuk perniagaan atas talian. Antaranya adalah laman web Dashboard Komuniti (MyShop) dan juga penggunaan Whatsapp. Beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan anjuran Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Bukit Damar iaitu Bengkel ‘Photoshoot Your Product’ dan Dashboard MyShop di PI1M Felda Bukit Damar. Bengkel yang diadakan lebih menfokuskan kepada cara untuk mengambil gambar produk secara kreatif dan menarik serta memberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi dashboard komuniti (MyShop). Hasil dari penerangan dan tunjuk ajar dari petugas PI1M, beliau kini berjaya menggunakan aplikasi dashboard untuk memasarkan produk perniagaan beliau secara atas talian.

 

GAMBAR