mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1 2017

KEUSAHAWANAN – Soffiza Binti Shamsul Ariffin

 USAHAWAN MAKANAN [KEK & MANISAN]

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2014

UMUR : 32 tahun

 

LATAR BELAKANG

Pn. Soffiza Binti Shamshul Ariffin, 32 tahun merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan terutama pembuatan kek. Beliau merupakan anak peneroka di Felda Bukit Damar yang mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan golongan anak peneroka generasi kedua. Beliau tidak pernah mendapat didikan secara formal dalam bidang kulinari ataupon bakeri. Namun, atas dasar minat dan kesungguhan yang beliau miliki, beliau mampu untuk memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan kek yang sedap dan berkualiti.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan sejak awal tahun 2016 selepas mendapat maklum balas positif dari ahli keluarga dan juga rakan-rakan yang telah merasai keenakan produk makanan yang dihasilkan. Pada awal perniagaan, beliau hanya memasarkan produk makanan apabila menerima tempahan rakan-rakan dan juga jiran tetangga. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.Sebelum penggunaan ICT, Pn. Soffiza hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar dan memiliki pendapatan kurang dari RM200 sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Atas pendapat petugas PI1M beliau mula berjinak menggunakan kemudahan teknologi komputer untuk menguruskan perniagaan. Beliau telah memasuki beberapa kelas keusahawanan untukmemahirkan lagi penggunaan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word. Pn. Soffiza juga didedahkan dengan beberapa laman web dan aplikasi khas untuk perniagaan atas talian. Antaranya adalah laman web Dashboard Komuniti (MyShop) dan juga penggunaan Whatsapp serta Facebook. Beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan anjuran Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Bukit Damar iaitu Bengkel ‘Photoshoot Your Product’ dan Dashboard MyShop di PI1M Felda Bukit Damar. Bengkel yang diadakan lebih menfokuskan kepada cara untuk mengambil gambar produk secara kreatif dan menarik serta memberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi dashboard komuniti (MyShop). Hasil dari penerangan dan tunjuk ajar dari petugas PI1M, beliau kini berjaya menggunakan aplikasi dashboard untuk memasarkan produk perniagaan beliau secara atas talian.

 

GAMBAR