✨ Kisah Kejayaan – Kesejahteraan Kendiri – NADI Felda Bukit Damar✨
Program saringan kesihatan yang berlangsung di NADI Felda Bukit Damar telah mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat. Jelas terpancar komitmen warga Felda dalam menjaga kesihatan melalui pemeriksaan awal seperti tekanan darah, gula, dan BMI. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pencegahan penyakit, malah mengukuhkan peranan NADI sebagai pusat komuniti yang aktif dalam mempromosikan gaya hidup sihat. Semoga usaha seperti ini terus diperkasakan demi kesejahteraan masyarakat.