mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Mahruniza Binti Abd Rahman

 USAHAWAN MAKANAN [KEK DAN BAHULU]

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2014

UMUR : 44 tahun 

 

LATAR BELAKANG

Pn. Mahruniza, 44 tahun merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan kuih muih seperti kek dan bahulu. Beliau merupakan anak generasi peneroka di Felda Bukit Damar dan seorang guru mengaji Al-quran yang mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan golongan anak peneroka generasi kedua. Beliau juga merupakan salah seorang ahli di dalam persatuan Amanah Ikhtiar di mana badan ini membantu usahawan desa dari segi pemberian Pembiayaan Ikhtiar terhadap golongan masyarakat terpilih untuk menambah pendapatan sampingan.Beliau telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2014 secara sambilan. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum penggunaan ICT, Pn. Mahruniza hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah. Beliau juga membuat kiraan akaun perniagaan secara manual yang amat meletihkan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Sejak 6 bulan yang lepas iaitu pada awal tahun 2016, atas pendapat petugas PI1M beliau mula berjinak menggunakan kemudahan teknologi komputer untuk menguruskan perniagaan. Beliau telah memasuki beberapa kelas keusahawanan untuk memahirkan lagi penggunaan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan juga Microsoft Publisher.Pn. Mahruniza juga didedahkan dengan beberapa laman web dan aplikasi khas untuk perniagaan atas talian. Antaranya adalah laman web Dashboard Komuniti (MyShop) dan juga penggunaan Whatsapp. Beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan anjuran kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Bukit Damar dan Amanah Ikhtiar Malaysia iaitu Bengkel ‘Photoshoot Your Product’ dan Dashboard MyShop yang telah diadakan pada 7hb Disember 2016 dan 20hb Oktober 2017 di PI1M Felda Bukit Damar. Bengkel yang diadakan lebih menfokuskan kepada cara untuk mengambil gambar produk secara kreatif dan menarik serta memberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi dashboard komuniti (MyShop). Hasil dari penerangan dan tunjuk ajar dari petugas PI1M, beliau kini berjaya menggunakan aplikasi dashboard untuk memasarkan produk perniagaan beliau secara atas talian.

 

GAMBAR