mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN – Sri Rahayu Ningsi Binti Saipudin (Q1 2023)

 USAHAWAN MAKANAN [CICAH COLEK]

 

TAHUN MENJADI AHLI PEDi : 2017

UMUR : 35 tahun 

 

LATAR BELAKANG

 Pn. Sri Rahayu Ningsi yang mesra dipanggil Pn. Sri, 35 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi ke-2 yang sentiasa aktif menglibatkan diri pelbagai program di PEDi Felda Bukit Damar. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi sejak dari tahun 2017 dan menjadi salah seorang skuad sukarelawan PEDi. Setelah menamatkan pelajaran di peringkat SPM beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

 Sebelum berumah tangga, Pn. Sri pernah bekerja di pelbagai sektor swasta. Setelah mendirikan rumah tangga, beliau nekad untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian dalam menguruskan keluarga. Beliau mula menceburi bidang kulinari (pembuatan kek) setelah mengikuti kelas yang dianjurkan oleh kawan karib beliau. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang ada, beliau mula berjinak membuat kek dan membuka berniaga kecil- kecilan di rumah. Namun pulangan dari perniagaan beliau semakin hari berkuranganMdisebabkan oleh factor kurangnya permintaan dan beliau bertindak membuka jualan jika ada permintaan sahaja. Beliau mencari inisiatif lain dengan memperkenalkan produk makanan baru yang lebih tahan lama iaitu cicah colek dengan jenama CHOLEQ PADU KETAGIH 5 BERADIK. Terdapat 5 perisa colek iaitu pedas manis, asam masnis, asam kulit limua, kuah rojak dan asam boi putih. Produk cicah colek yang diusahakan Pn. Sri semakin mendapat sambutan dilakangan rakan-rakan dan penduduk setempat. Beliau ingin meluaskan pasaran produk cicah colek beliau dengan memasarkan produk di platform social media. Petugas PEDi menasihati beliau untuk membuka akaun Shopee dan juga TikTok supaya produk beliau dikenali seluruh Malaysia dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan hasil jualan,

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

 Menyedari kepentingan media sosial untuk mempromosikan produk, beliau sering mengikuti kelas Shopee dan Tiktok dan mula menjual di platform tersebut. Walaupon Pn. Sri masih baharu dalam dunia perniagaan digital, namum semangat ingin belajar beliau sangat dipuji. Pn. Sri kini lebih yakin membuat ‘live’ di tiktok dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan hasil jualan produk beliau.

 

GAMBAR