USAHAWAN PRODUK PENJAGAAN DIRI DAN KECANTIKKAN |
TAHUN MENJADI AHLI PIK : 2010
UMUR : 43 tahun
LATAR BELAKANG
Puan Sharifah, 43 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi kedua Felda Bukit Damar yang mengusahakan perniagaan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan secara atas talian. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Walaupon Pn. Sharifah telah mempunyai perniagaan kedai runcit, namun atas minat dan dorongan dari keluarga, beliau gemar menceburi bidang perniagaan secara ‘online’.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau merupakan salah seorang ejen bagi produk penjagaan diri dan kecantikan ‘Magic Blue’. Pada awalnya, beliau tidak mahir menggunakan media sosial sebagai salah satu medium perniagaan dalam talian. Beliau hanya membuka akaun ‘Facebook’ untuk hal peribadi sahaja. Namun setelah mengikuti beberapa kelas usahawan di Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar, beliau menyedari kepentingan media sosial dalam perniagaan. Beliau mula mengemaskini ‘status’ facebook beliau dengan memperkenalkan produk jualannya dan juga memuatnaik gambar-gambar hasil jualannya. Beliau juga mempelajari penggunaan ‘Market Place’ di facebook dan beliau juga tidak melepaskan peluang mengikuti kelas usahawan Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Kini perniagaan beliau dikenali ramai dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan. Sejak menjalankan perniagaan dalam talian, pelanggan Pn. Sharifah bukan sahaja di sekitar daerah Temerloh tetapi telah melangkawi seluruh negeri. Jika dahulu pendapatan Pn. Sharifah hanya sekitar RM100 sebulan tetapi kini telah mencapai RM 1000 sebulan.
GAMBAR
Pages: 1 2