USAHAWAN KRAFTANGAN – BENANG KAIT |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2019
UMUR : 29 tahun
LATAR BELAKANG
Nurul Faizah atau lebih dikenali Pn. Faizah, 29 tahun merupakan salah seorang anak peneroka di Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan kraftangan benang kait. Beliau antara salah seorang belia yang komited dalam menjalankan perniagaan bagi menambah pendapatan sampingan keluarga. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan beliau merupakan seorang suri rumah tangga. Minat beliau dalam penghasilan kraftangan sejak 2 tahun lepas dimana beliau mempelajari seni kraftangan dari saudara mara.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pn. Faezah mula menjalankan perniagaan kraftangan ini sejak tahun lepas iaitu awal tahun 2019. Seiring dengan kemajuan dunia, rekabentuk kraftangan beliau agak ketinggalan . Ini menyebabkan hasil jualan produk kraftangan belaiu agak kurang memberangsangkan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Pn. Faezah mula mengikuti kelas komputer pada bulan Jan 2019. Beliau mula menggunakan medium internet untuk mencari rekabentuk terkini bagi menghasilkan produk kraftangan terkini dan mampu menarik minat golongan remaja kini seperti pembuatan rantai kunci, bunga hiasan dan sebagainya.
GAMBAR
Pages: 1 2