| USAHAWAN BARANGAN KOSMETIK |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2012
UMUR : 33 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Normilah atau lebih dikenali Pn. Mila merupakan adalah salah seorang usahawan Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan berasaskan produk kecantikan. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama En. Sarizal dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Beliau telah menjadi ejen jualan barangan kosmetik sejak setahun yang lepas.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Bermula dengan minat dalam dunia kosmetik, Pn. Mila mendaftar sebagai ejen barangan kosmetik yang berjenama di Malaysia dengan berbekalkan modal wang simpanannya. Beliau memulakan perniagaan secara online dan offline. Tetapi disebabkan kekurangan ilmu dalam ‘marketing’ Pn. Mila hanya banyak menjual produk secara offline sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Pn. Mila mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet Bukit Damar. Beliau mengikuti program ‘Digital Marketing’ anjuran UIB (Institut Usahawan Bumiputra) di bawah program MARA. Sepanjang program yang berlangsung selama 4 hari, beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran produk secara online. Kini Pn. Mila telah aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di media social dan telah berjaya menambah hasi pendapatan sampingan 3 kali ganda berbanding jualan secara offline.
GAMBAR
Pages: 1 2


