mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Norasimah Binti Hassan

 USAHAWAN PRODUK PENJAGAAN DIRI DAN KECANTIKKAN

 

TAHUN MENJADI AHLI PIK : 2010

UMUR : 36 tahun

 

LATAR BELAKANG

Puan Norasimah, 36 tahun atau lebih dikenali sebagai Pn. Shima merupakan salah seorang anak peneroka generasi kedua Felda Bukit Damar yang mengusahakan perniagaan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan secara atas talian. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau merupakan salah seorang ejen syarikat Noor Beauty bagi produk minuman ‘Kopi Recik’. Pada awalnya, beliau tidak mahir menggunakan media sosial sebagai salah satu medium perniagaan dalam talian. Beliau hanya membuka akaun ‘Facebook’ untuk hal peribadi sahaja. Namun setelah mengikuti beberapa kelas usahawan di Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar dan beberapa kursus keusahawanan, beliau menyedari kepentingan media sosial dalam perniagaan. Beliau mula mengemaskini ‘status’ facebook beliau dengan memperkenalkan produk jualannya dan juga memuatnaik gambar-gambar hasil jualannya. Beliau juga mempelajari penggunaan ‘Market Place’ di facebook dan beliau juga tidak melepaskan peluang mengikuti kelas usahawan Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Kini perniagaan beliau  dikenali ramai dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan. Sejak menjalankan perniagaan dalam talian, pelanggan Pn. Shima bukan sahaja di sekitar daerah Temerloh tetapi telah melangkawi seluruh negeri. Jika dahulu pendapatan Pn. Sharifah hanya sekitar RM100 sebulan tetapi kini telah mencapai RM 2000 sebulan.

 

GAMBAR