USAHAWAN PRODUK KECANTIKKAN DAN KOSMETIK |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2010
UMUR : 33 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Norasimah, 33 tahun merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan produk kesihatan dan kosmetik. Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2017 dengan membuka perniagaan kecik-kecilan di rumah. Beliau juga merupakan adalah seorang usahawan yang mendapat bimbingan dari pihak Pusat Internet (PI) Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan berasaskan produk kecantikan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau yang lebih mesra disapa Shima dikalangan rakan-rakan dan pelanggan telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sejak tahun 2017. Pada permulaan perniagaan, beliau mengahdapi pelbagai cabaran menyebabkan perniagaan beliau kian merosot. Pn. Shima bertungkus lumut membuat promosi seperti potongan harga dan mengedarkan risalah untuk memperkenalkan produk perniagaan beliau. Namun begitu hasil pendapatan masih lagi tidak memuaskan. Menyedari keperluan untuk mempromosikan produk perniagaan beliau secara meluas, beliau telah memasuki beberapa kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Felda Bukit Damar. Beliau telah diperkenalkan dengan penggunaan Facebook dan website untuk tujuan promosi atas talian.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Pn. Shima telah membuka akaun Facebook page dan Instagram supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Pn. Shima juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu Pn. Shima dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga tetapi juga di luar kawasan. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah dengan anggaran sebulan RM 1000 – RM2000 sebulan hasil dari penjualan produk kecantikan beliau. Hasil dari penerangan dan tunjuk ajar dari petugas PI, kini beliau sedang gigih menggunakan aplikasi dashboard komuniti (Myshop) sebagai salah satu cabang untuk memasarkan produk perniagaan beliau secara atas talian.
GAMBAR
Pages: 1 2