USAHAWAN MAKANAN [IKAN PEKASAM] |
TAHUN MENJADI AHLI PEDi : 2014
UMUR : 35 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Noraini yang mesra dipanggil Pn. Ain, 35 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi ke-2 yang sentiasa aktif menglibatkan diri pelbagai program di PEDi Felda Bukit Damar. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi sejak dari tahun 2014 dan menjadi salah seorang skuad sukarelawan PEDi. Setelah menamatkan pelajaran di peringkat SPM beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum berumah tangga, Pn. Ain pernah bekerja di pelbagai sektor swasta. Setelah mendirikan rumah tangga, beliau nekad untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian dalam menguruskan keluarga. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada awal tahun 2022. Beliau mengusakan perniagaan ikan pekasam yang diwarisi ibunya dan dipasarkan di kawasan sekitar sahaja dan jika ada permintaan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menyedari kepentingan media sosial untuk mempromosikan produk, beliau sering mengikuti kelas Shopee dan Tiktok dan mula menjual di platform tersebut. Walaupon Pn. Ain masih baharu dalam dunia perniagaan digital, namun semangat ingin belajar beliau sangat dipuji. Pn. Ain kini lebih yakin membuat ‘live’ di tiktok dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan hasil jualan produk beliau.
GAMBAR