USAHAWAN BUTIK PENGANTIN & ANDAMAN |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2012
UMUR : 40 tahun
LATAR BELAKANG
Puan Khazanah atau lebih mesra di panggil Pn. Ana merupakan adalah salah seorang usahawan Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan berasaskan butik pengantin dan andaman. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Beliau menjalankan perniagaan butik pengantin dan sejak awal tahun 2006 sehingga kini iaitu kira-kira 13 tahun yang lalu. Beliau mendirikan premis perniagaan di Felda Bukit Damar iaitu di sebelah rumah beliau sendiri bagi memudahkan urusan memandangkan beliau juga seorang suri rumah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Bermula dengan minat dan berlatar belakangkan pendidikan diploma dalam bidang kecantikan, Pn. Ana telah membuka perniagaan dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama Anafea Bridal. Berbekalkan modal sendiri dan sokongan kuat dari ahli keluarga, beliau kini mampu menerima tempahan dan slot andaman dari dalam dan luar kawasan.
Sepanjang tempoh permulaan perniagaan, beliau mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk memperkenalkan perniagaan. Dengan hanya berbekalkan hebahan mulut ke mulut dan iklan serta poster yang dipasang di kawasan berhampiran, beliau merasakan perlu ada kaedah promosi yang lebih cepat, mudah dan berkesan tanpa mengeuarkan modal yang banyak. Oleh yang demikian, beliau menggunakan medium social media seperti Facebook dan Instagram sebagai salah satu langkah mempromosikan perniagaan beliau secara lebih efisyen.
Pn. Ana juga sering ke Pusat Internet (PI) Felda Bukit Damar untuk menggunakan khidmat internet dan membuat invois perniagaan. Jika perkelapangan, Pn. Ana sering mengikuti program usahawan yang dijalankan di PI sebagai ilmu tambahan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Pn. Ana telah membuka akaun Facebook page supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Beliau juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu Pn. Ana dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga sekitar Bukit Damar tetapi juga di luar kawasan seperti Mentakab, Temerloh dan hiingga ke luar negeri seperti Selangor, Perak dan sebagainya yang mempercayai kemahiran andaman dan pakej perkahwinan yang ditawarkan. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah dengan anggaran sebulan RM 10,000 – 15,000 sebulan iaitu hampir 90% peningkatan hasil dari perniagaan yang diusahakan beliau sebelum dan selepas penggunaan medium internet.
GAMBAR
Pages: 1 2