mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Noor Adilla Binti Nawi

 USAHAWAN PERKHIDMATAN MOBILE SPA KECANTIKKAN

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2018

UMUR : 31 tahun

 

LATAR BELAKANG

Noor Adilla Bt Nawi merupakan adalah seorang usahawan yang mendapat bimbingan dari pihak Pusat Internet Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan berasaskan kecantikan. Beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan ‘Home Facial Mobile Spa’ di mana Pn. Adilla akan ke rumah pelanggan untuk memberi perkhidmatan kecantikan wajah. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak awal tahun 2018 sehingga kini.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk memperkenalkan perkhidmtaan spa beliau kepada masyarakat setempat. Walaupon Pn. Adilla merupakan seorang kakitangan swasta, beliau gigih mencari pendapatan sampingan dengan membahagikan tugas dengan baik. Pada mulanya, perkhidmatan beliau hanya dikenali oleh rakan sejawat dan jiran tetangga. Pendapatan bulanan juga tidak menentu dan mengakibatkan beliau pernah berasa putus asa dalam perniagaan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Pn. Adilla telah membuka akaun Facebook page dan Instagram supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Pn. Adilla juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan slot dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu Pn. Adilla dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga tetapi juga di luar kawasan. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah dengan anggaran sebulan RM 2000 – RM3000 sebulan hasil dari perkhidmatan ‘ Mobile Home Facial Spa’ yang diusahakan beliau.

 

GAMBAR