USAHAWAN KECANTIKAN [JOM FACIAL MOBILE SPA] |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2010
UMUR : 34 tahun
LATAR BELAKANG
Nadziah Binti Samsudin merupakan salah seorang anak peneroka Felda Bukit damar yang berjiwa besar menjalankan perniagaan berasaskan kecantikan. Beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan ‘Home Facial Mobile Spa’ di mana Pn. Nadziah akan ke rumah pelanggan untuk memberi perkhidmatan kecantikan wajah. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak awal tahun 2018 sehingga kini. Beliau juga adalah seorang usahawan yang mendapat bimbingan dari pihak Pusat Internet Felda Bukit Damar.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk memperkenalkan perkhidmtaan spa beliau kepada masyarakat setempat. Walaupon Pn. Nadziah merupakan seorang kakitangan swasta, beliau gigih mencari pendapatan sampingan dengan membahagikan tugas dengan baik. Pada mulanya, perkhidmatan beliau hanya dikenali oleh rakan sejawat dan jiran tetangga. Pendapatan bulanan juga tidak menentu dan mengakibatkan beliau pernah berasa putus asa dalam perniagaan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Pn. Nadziah telah membuka akaun Facebook page dan Instagram supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Pn. Nadziah juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan slot dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu Pn. Nadziah dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga tetapi juga di luar kawasan. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah dengan anggaran sebulan RM 2000 – RM3000 sebulan hasil dari perkhidmatan ‘ Mobile Home Facial Spa’ yang diusahakan beliau.
GAMBAR
Pages: 1 2