USAHAWAN TERNAKAN IKAN KELI & KELI PEKASAM (KELIDAMAR) |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2010
UMUR : 41 tahun
LATAR BELAKANG
Mohd Norhaisyam atau lebih dikenali Haisyam, 41 tahun merupakan salah seorang anak peneroka Felda Bukit Damar yang gigih menjalankan perniagaan berasaskan penternakan sejak tahun 2018 sehingga kini. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 4 orang adik beradik yang menetap di Felda Bukit Damar. Beliau meletakkan objektif penubuhan tapak penternakan ini untuk mengeluarkan produk makanan (ikan keli) yang bersih/suci dan enak bagi memenuhi kriteria penggemar makanan ini khasnya dan pengguna muslim amnya. Beliau juga telah menyertai pelbagai kursus berkaitan penternakan ikan keli oleh badan-badan koperat. Kini perniagaan beliau didaftarkan dengan nama Alya Fish Garden sempena nama arwah anak bungsunya yang bernama Alya. Tapak penternakan adalah di kawasan rumah beliau sendiri yang beralamat di No. 263 Blok 13 Felda Bukit Damar.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pada mulanya perniagaan ikan keli segar hanya dipasaran sekitar Felda dan kawasan terdekat. Pelanggan beliau hanya terdiri daripada jiran-jiran, rakan dan saudara-mara. Melihat kepada kekurangan permintaan ikan keli segar, Haisyam mula mempelbagaikan inovasi produk ikan keli dengan membuat produk sejuk beku & pekasam ikan keli. Namun disebabkan ekonomi yang tidak menentu hasil penjualan produk beliau agak rendah.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti kelas Keusahawanan di Pusat Internet Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan beliau di media sosial seperti ‘Facebook’. Kini perniagaan Haisyam kini dikenali ramai dan mendapat permintaan yang tinggi. Pasaran beliau kini menembusi Daerah Temerloh, Maran, Bentong dan Raub dengan hasil pendapatan yang agak lumayan. Perniagaan beliau yang kini menggunakan nama komesial ‘Kelidamar’ juga menggunakan khidmat penghantaran barang bagi memenuhi permintaan pasaran di luar daerah atau negeri. Beliau juga telah menjadi ikon kepada usahawan KAF (Kami Anak Felda) Felda Bukit Damar dan telah mendapat kunjungan daripada wakil KAF Wilayah Johor Bahru pada bulan November 2019 yang lalu sebagai produk inovasi anak peneroka.
GAMBAR
Pages: 1 2