| USAHAWAN KIMPALAN BESI |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2017
UMUR : 37 tahun
LATAR BELAKANG
En. Mansor merupakan adalah salah seorang usahawan Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan berasaskan kimpalan logam. Beliau menjalankan perniagaan kimpalan khusus untuk kegunaan kediaman, premis perniagaan dan sebagianya. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Marhia Hazilin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Beliau telah menjalankan perniagaan kimpalan logam sejak awal tahun 2006 sehingga kini.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Bermula dengan minat dan berlatar belakangkan pendidikan kimpalan logam di Giatmara Temerloh setelah tamat SPM, beliau kini mampu membuka sebuah premis perniagaan yang terletak di Kg. Bolok, Lanchang, Pahang iaitu lebih kurang 8 kilometer dari rumah beliau di Felda Bukit Damar yang didaftarkan dengan nama perniagaan Anggerik Matel Enterprise. Antara perkhidmtaan yang ditawarkan adalah ‘metal grill & gate’, ‘awning’, ‘stainless steel’ dan lain – lain. Berbekalkan modal sendiri beliau menambah sedikit sebanyak alatan dan bahan perniagaan dan sehingga kini mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan dari pelbagai agensi dan perseorangan.
Beliau mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk memperkenalkan perniagaan beliau. Oleh kerana terdapat juga kedai kimpalan berhampiran, beliau berusaha gigih untuk mencari pelanggan dan meyakinkan kepercayaan pelanggan dengan hasil kerja beliau. En. Mansor dan juga isteri beliau sering ke Pusat Internet (PI) Felda Bukit Damar untuk menggunakan khidmat internet dan membuat invois perniagaan. Jika perkelapangan, En, Mansor dan juga isteri sering mengikuti program usahawan yang dijalankan di PI sebagai ilmu tambahan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. En. Mansor telah membuka akaun Facebook page supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Beliau juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu En. Mansor dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga sekitar Bukit Damar tetapi juga di luar kawasan terutama tender dari pelbagai agensi seperti MARA, RISDA, FAMA dan sebagainya. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah dengan anggaran sebulan RM 10,000 – 15,000 sebulan hasil dari perniagaan yang diusahakan beliau.
GAMBAR
Pages: 1 2


