| USAHAWAN PERKHIDMATAN MOBILE SPA KECANTIKAN |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2011
UMUR : 35 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Lizawati merupakan adalah salah seorang usahawan yang mendapat bimbingan dari pihak Pusat Internet Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan berasaskan kecantikan. Beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan ‘Home Facial Mobile Spa’ di mana Pn. Lizawati akan ke rumah pelanggan untuk memberi perkhidmatan kecantikan wajah. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak awal tahun 2017 sehingga kini.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk memperkenalkan perkhidmtaan spa beliau kepada masyarakat setempat. Walaupon Pn. Lizawati dahulunya merupakan seorang kakitangan swasta di bandar besar Kuala Lumpur, beliau gigih mencari pendapatan sampingan dengan membahagikan tugas dengan baik. Pada mulanya, perkhidmatan beliau hanya dikenali oleh rakan sejawat dan jiran tetangga. Pendapatan bulanan juga tidak menentu dan mengakibatkan beliau pernah berasa putus asa dalam perniagaan. Pada awal tahun 2018 beliau telah kembali menetap bersama keluarganya di Felda Bukit Damar atas masalah peribadi. Beliau mula memperkenalkan perkhidmatan beliau kepada penduduk sekitar dan beliau gigih berusaha sehingga perkhidmatan spa beliau terkenal sehingga ke bandar Temerloh.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Pn. Lizawati telah membuka akaun Facebook page dan Instagram supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Pn. Lizawati juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan slot dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu Pn. Lizawati dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga tetapi juga di luar kawasan. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah dengan anggaran sebulan RM 2000 – RM3000 sebulan hasil dari perkhidmatan ‘ Mobile Home Facial Spa’ yang diusahakan beliau.
GAMBAR
Pages: 1 2


