mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Khairul Hafizi Bin Abas

 USAHAWAN KEDAI BARANGAN SERBANIKA & AKSESORI TELEFON

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2018

UMUR : 35 tahun

 

LATAR BELAKANG

En. Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Hafizi, 35 tahun merupakan salah seorang usahawan Felda Bukit Damar yang mengusahakan perniagaan perkhidmatan alat komunikasi dan barangan serbaneka serta kafetaria makanan dan minuman. Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2018 dengan menjalankan perniagaan di premis sewaan di bawah pengurusan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Bukit Damar. Beliau merupakan golongan generasi ke-2 di Felda Bukit Damar dan mempunyai latar belakang pendidikan dari POLISAS Kuantan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Pada awal perniagaan, En. Hafizi hanya menjual aksesori telefon dan kad tambah nilai sahaja. Perniagaan agak ketika itu agak memberangsangkan disebabkan oleh permintaan yang tinggi oleh penduduk setempat. Namun, era teknologi kian pantas berkembang. Beliau terpaksa menambah lagi pelbagai jenis perkhidmatan supaya perniagaannya juga turut berkembang. Menyedari keperluan internet ketika ini dan saranan dari petugas Pusat Internet Felda Bukit Damar, beliau mula menambah perkhidmatan berkaitan penggunaan internet seperti urusniaga perbankan dalam talian seperti kiriman wang tempatan (Maybank2U) dan kiriman wang luar negara. Terdapat juga perkhidmatan membeli barangan dagangan online ( Lazada, Shoppe dll).

Perniagaan En. Hafizi pada awal kemunculan agak kurang memberangsangkan.Pada mulanya perniagaan En. Hafizi ini dijual dan dipromosikan di sekitar Felda Bukit Damar sahaja. Namun selepas mendapat lesen berniaga beliau mula berniaga di Pasar Minggu Kg Mempateh dan Pekan Sehari Lanchang. Pelbagai cabaran ditempuhi untuk berniaga Aiskrim Malaysia di tempat-tempat tersebut. Selain daripada terikat dengan cuaca serta mengalami kesukaran untuk mempromosikan produk yang dijual. Beliau hanya memperolehi pendapatan sekitar RM500 sebulan sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti program Keusahawanan di Pusat Internet Felda Bukit Damar, beliau lebih yakin untuk mengembangkan perniagaan dengan menambah perkhidmatan berkaitan penggunaan internet. Perkhidmatan seperti kiriman wang tempatan dan luar negara mendapat sambutan baik dari penduduk setempat khususnya bagi golongan warga emas dan penduduk warga asing. Perniagaan beliau juga turut berkembang dengan pelbagai lagi perniagaan sampingan yang dijalankan seperti kafetaria makanan dan minuman.

 

GAMBAR