USAHAWAN HOMESTAY |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2010
UMUR : 45 tahun
LATAR BELAKANG
En. Ismail Saidi atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ismail, 34 tahun merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan berasaskan inap desa atau ‘Homestay’. Beliau merupakan anak peneroka generasi kedua di Felda Bukit damar. Walaupon beliau merupakan guru di sekolah kerajaan, beliau amat berminat untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pada mulanya Cikgu Ismail hanya membeli sebuah rumah taman sebagai aset keluarga sahaja. Memandangkan beliau telah pon mempunyai rumah kediaman, beliau mengambil keputusan untuk menyewakan rumah yang baru dibelinya sebagai pelaburan akan datang. Atas dasar minat berniaga dan melihat potensi perniagaan inap desa, beliau mengambil keputusan untuk menjadikan rumah beliau sebagai ‘homestay’/ rumah penginapan sementara.Pada permulaan perniagaan, Cikgu Ismail hanya membuat hebahan secara ‘offline’ seperti hebahan rakan-rakan terdekat dan edaran risalah. Namun menyedari kepentingan internet masa kini, Cikgu Ismail tidak ketinggalan dalam membuat prmosi ke media sosial seperti Facebook dan whatsapp.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Kini perniagaan beliau dikenali ramai dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan. Sejak menjalankan perniagaan dalam talian, pelanggan Cikgu Ismail bukan sahaja di sekitar daerah Temerloh tetapi telah melangkawi seluruh negeri. Jika dahulu pendapatan cikgu Ismail hanya sekitar RM200 sebulan tetapi kini telah mencapai RM 2000 sebulan.
GAMBAR
Pages: 1 2