mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – En Rasidi Sabri

 USAHAWAN HOMESTAY [POKDEE HOMESTAY]

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2014

UMUR : 34 tahun 

 

LATAR BELAKANG

En. Rashidi Sabri, 34 tahun merupakan salah seorang anak peneroka Felda Lakum yang menetap di Kampung Bolok sejak tahun 2011. Beliau adalah salah seorang anak peneroka yang bersemangat kental mengusahakan perniagaan kedai runcit sejak tahun 2011 lagi. Namun 3 tahun yang lepas, beliau mula berjinak-jinak menambah pendapatan dengan mengusahakan perkhidmtan inap desa (homestay) di kampung halamannya di Kampung Bolok Hilir.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Berkat kesabaran dan penuh iltizam yang tinggi, beliau berjaya mendaftarkan perniagaan di SSM dan membawa jenama Pok Dee Homestay Agrotourism sebagai daya penarik kepada homestay beliau. Homestay beliau tidak hanya menawarkan khidmat penginapan tetapi juga pengunjung dapat merasai pengalaman tinggal dalam suasana pertanian di mana homestay berkenaan menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya memetik buah/sayuran di dusun, memancing, merasa keenakan madu kelulut dan sebagainya. Walaupon pelbagai aktiviti sampingan ditawarkan dan berhampiran dengan pusat pelancongan terkenal di Lanchang iaitu Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, permulaan perniagaan homestay tidak membawa pulangan yang lumayan kerana atas faktor kurangnya pendedahan promosi di luar kawasan di samping terdapat banyak homestay yang berdekatan yang menjadi persaingan sengit.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Sejak 2 tahun yang lepas iaitu pada awal tahun 2016, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. En. Rashidi dibantu bersama petugas PI1M berjaya membina ‘Page Facebook’ sebagai langkah permulaan memperkenalkan perkhidmatan Homestay yang ditawarkan. Petugas PI1M juga mencadangkan mempelbagaikan lagi medium promosi dengan membina laman blog dan mendaftar di mana-mana laman web percuma seperti mudah.my , Best 1Malaysia Homestay dan sebagainya.Beliau juga diperkenalkan dengan penggunaan whatsapp sebagai salah satu strategi pemasaran. Penggunaan media sosial banyak membantu beliau mengembangkan lagi perniagaan.En.Rashidi kini bukan sahaja menerima pelanggan dari dalam negara tetapi juga merangkumi pelancong dari luar negara seperti Perancis, Landon dan sebagainya. Beliau juga kini menerima kedatangan pengunjung yang ingin membuat kem motivasi di homestay beliau memandangkan kawasan homestay yang luas dan selesa untuk mendirikan khemah dan sebagainya. Berkat kesabaran dan kesungguhan En. Rashidi mengemaskini page Facebook dan bekerjasama dengan mini RTC di Kg. Bolok, beliau kini mempunyai pendapatan yang agak baik jika dibandingkan sebelum menggunakan media sosial iaitu kira-kira RM 800 dan boleh mencecah sehingga RM 5k sebulan.

 

GAMBAR