USAHAWAN AISKRIM MALAYSIA & POPIA CHEESE – IMANZ KITCHEN |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2014
UMUR : 34 tahun
LATAR BELAKANG
Puan Beche Binti Salim, 34 tahun merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan Aiskrim Malaysia serta produk makanan kering seperti Popia Cheese dan pelbagai lagi serta produk makanan dari negeri Sabah. Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2019 dengan menjalankan perniagaan dari rumah. Beliau berasal dari Tawau,Sabah dan telah berumahtangga serta mempunyai 2 cahaya mata. Beliau telah menetap di Felda Bukit Damar sejak tahun 2017 selepas berhenti kerja di Klang. Usahawanita yang berbangsa Bugis ini tidak lokek menetap dan bergaul di kalangan bangsa melayu malah mampu untuk membuka perniagaan di mana rata-rata pelanggan tetap beliau merupakan orang berbangsa melayu.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pada mulanya perniagaan Aiskrim Malaysia ini dijual dan dipromosikan di sekitar Felda Bukit Damar sahaja. Namun selepas mendapat lesen berniaga beliau mula berniaga di Pasar Minggu Kg Mempateh dan Pekan Sehari Lanchang. Pelbagai cabaran ditempuhi untuk berniaga Aiskrim Malaysia di tempat-tempat tersebut. Selain daripada terikat dengan cuaca serta mengalami kesukaran untuk mempromosikan produk yang dijual. Beliau hanya memperolehi pendapatan sekitar RM500 sebulan sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan beliau di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Kini perniagaan beliau kini dikenali ramai dan mendapat permintaan di sekitar Lanchang serta mendapat tempahan untuk majlis perkahwinan. Aiskrim Malaysia Meletop telah mula dikenali oleh masyarakat di sekitar Lanchang. Beliau juga telah mempelbagaikan perisa bersesuaian dengan permintaan pelanggan dan trend terkini. Selain Aiskrim Malaysia beliau juga telah menjual produk makanan kering serta produk makanan dari negeri Sabah yang sukar didapati disini sebagai pendapatan sampingan. Kini pendapatan beliau sekitar RM 1500 sebulan.
GAMBAR
Pages: 1 2