mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Amy Farhana Binti Bahari

 USAHAWAN MAKANAN KERING ( AMY SWEET POPCORN )

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2017

UMUR : 28 tahun

 

LATAR BELAKANG

Pn. Amy merupakan adalah salah seorang usahawan yang mendapat bimbingan dari pihak Pusat Internet Felda Bukit Damar yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan aitu bertih jagung (doorgift popcorn) Beliau menjalankan perniagaan makanan sejak tahun 2017 sehingga kin.. Beliau merupakan dalah seorang anak peneroka Felda Bukit Damar yang mempunyai semangat usahawanita yang tinggi dan sentiasa mengikuti aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum penggunaan Internet dalam perniagaan, beliau sukar untuk memasarkan produk. Pelanggan Pn. Amy hanya sekitar jiran tetangga dan rakan handai sahaja. Pendapatan bulanan juga agak kurang memberangsangakan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Pn. Amy telah membuka akaun Facebook page dan Instagram supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Pn. Amy juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan dari pelanggan bukan hanya dari penduduk sekitar malahan pencapaian terbesar beliau adalah memasarkan produk sehingga ke negara seberang iaitu Indonesia. Penggunaan internet amat membantu Pn. Amy dalam mengembangkan perniagaan beliau. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah dengan anggaran sebulan RM 2000 – RM3000 sebulan hasil dari kegigihan beliau mempromosikan perniagaan atas talian dan sokongan dari pelbagai pihak.

 

GAMBAR