mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Ahmad Shukri Bin Kasmuri

 USAHAWAN REKABENTUK GRAFIK DAN PERCETAKAN

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2010

UMUR : 46 tahun

 

LATAR BELAKANG

Encik Ahmad Shukri semakin mengembangkan perniagaannya sejak 2016 lagi. Walaupun beliau telah memulakannya lebih awal iaitu 10 tahun sebelum itu. Namun dek kerana kekurangan pengalaman, perniagaannya jatuh dan beliau hampir-hampir diisytiharkan muflis kerana kegagalan membayar pinjaman mikro ketika itu. Pengalamannya selama 15 tahun bekerja dengan berbagai syarikat sebagai artis grafik belum tentu menjamin kejayaannya di dalam bidang keusahawanan.

Setelah namanya disenaraihitamkan oleh CCRIS, beliau kembali menyusun langkah dengan mengumpul modal sedikit demi sedikit dengan tekad untuk bangun dan yang paling utama mempersiapkan diri dengan segala ilmu keusahawanan. Sehinggalah beliau mengasaskan Curve Box Imaginary pada 2014, sebuah syarikat yang waktu itu cuba memenuhi keperluan tempatan seperti papan tanda premis dan jalan. Beliau juga merupakan ahli NGO yang aktif iaitu KAF (Kami Anak FELDA) terutamanya dalam memperjuangkan pemulihan dan peningkatan ekonomi generasi FELDA melalui gerak kerja berkumpulan serta bimbingan berterusan. Kriteria inilah yang memudahkan beliau untuk menjadi seperti apa yang beliau capai ketika ini dengan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak dengan matlamat menggalakkan sektor keusahawanan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Pada awalnya, Curve Box beroperasi secara manual dan konvensional. Promosi dan hebanan hanya bergantung melalui mulut ke mulut dan rekomendasi rakan-rakan terdekat. Malah soal bekalan bahan mentah dicari sendiri sejauh Kuala Lumpur. Begitu juga dengan premis. Terlalu banyak pelaburan dihabiskan untuk membina dan mengubahsuai kedai yang mana tanahnya disediakan oleh pihak FELDA. Pendapatan juga tidak menentu. Tiada aliran tunai harian yang keluar masuk melainkan hanya bergantung pada projek tender dengan terma pembayaran menggunakan masa yang panjang. Hasil pendapatan beliau ketika itu jika dikira secara purata hanyalah RM400 sebulan. Oleh kerana hasil jualan tidak seimbang dengan kos operasi, kedai Curve Box akhirnya terpaksa ditutup.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Namun begitu, operasinya tetap diteruskan dan berjalan kerana Curve Box juga sudah memulai sebilangan pelanggan tetap. Pengoperasian disambung dengan menggunakan kaedah SOHO & Garage. Iaitu konsep perniagaan Rumah Pejabat dan kerja produksi di garaj. Lonjakan penggunaan komunikasi seperti internet sudah mula berkembang waktu itu dengan pewujudan Pusat Internet 1 Malaysia. PI1M atau lebih popular di kalangan kanak-kanak yang gemar menggunakan internet dengan nama Jalur Lebar (PJK). Kesempatan ini diambil oleh Encik Ahmad Shukri dengan mendaftar sebagai ahli dan mula mempromosikan kembali perniagaannnya menggunakan media sosial seperti Facebook & Instagram. FB & Instagram yang diistilahkan sebagai sudah mula ‘berkulat’ kembali digilap dengan berbagai hantaran baru mengenai hasil kerja yang berkaitan. Hasilnya segala kerja Curve Box mula berkembang ke luar dari kawasan sekitar malah sehingga ke luar kawasan negeri Pahang. Namun ini masih belum mencukupi. Beliau sentiasa mengikuti mana-mana bengkel latihan oleh berbagai agensi terutamanya PIM. Untuk ilmu yang lebih advanced beliau mengikuti Kurusu anjuran swasta seperti SME Linnk dan kerajaan seperti MDEC untuk menguasai ilmu pemasaran melalui internet. Kini penghasilannya selepas bangkit mula menunjukkan perubahan dengan purata pendapatan bersih mencecah RM1800 sebulan. Kini beliau semakin giat untuk terus memajukan perniagaannya dengan matlamat pendapatan yang lebih tinggi melalui penggunaan medium internet yang optimal serta menghadiri malah bekerjasama menganjurkan sebarang seminar offline mahupun online.

 

GAMBAR