mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Abdul Rahman Bin Zaini

 USAHAWAN KATERING AISKRIM

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2018

UMUR : 30 tahun

 

LATAR BELAKANG

Pada tanggal 4 haribulan April tahun 1989, Abdul Rahman bin Zaini telah dilahirkan dalam sebuah keluarga kecil empat beradik. Pemuda yang berasal dari Kampung Kenangan, Lanchang ini mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Meskipun dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (oku), beliau sedikitpun tidak memandang perkara ini sebagai penghalang beliau untuk terus maju dalam mengatur kehidupan. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub. Seterusnya beliau berjaya mendapatkan segulung Diploma Pengajian Perniagaan serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Kepujian) Pemasaran di UiTM Arau, Perlis.

Abdul Rahman memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah sambilan. Selepas itu, beliau telah membuka langkah pertama menjadi seorang usahawan aksesori telefon pintar di Kampung Bongsu, Lanchang. Setelah 3 kemudian, beliau mengambil peluang untuk membuka perniagaan kedua berasaskan produk Aiskrim.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Pada mulanya perniagaan aiskrim ‘homemade’ ini dijual dan dipromosikan di pekan sari dan pasar malam serta sekolah. Pelbagai cabaran ditempuhi untuk berniaga aiskrim di tempat-tempat tersebut. Selain daripada terikat dengan cuaca serta mengalami kesukaran mencari kawasan tapak yang sesuai untuk berniaga di pekan sari dan pasar malam, beliau juga terpaksa akur dengan undang-undang bahawa tidak dibenarkan menjual aiskrim berhampiran dengan pagar sekolah.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti kelas Keusahawanan di Pusat Internet Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan beliau di media sosial. Kini Abdul Rahman telah menumpukan pada hari minggu beliau dengan memenuhi tempahan katering aiskrim. Aiskrim Kenangan telah mula dikenali oleh masyarakat di daerah Temerloh, Bentong, Raub, Jerantut dan Maran. Selain daripada katering, beliau juga telah memperkenalkan produk Aiskrim Kenangan dalam bekas pelbagai saiz.

Abdul Rahman berharap perniagaan beliau akan dapat dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Dia juga berharap agar perniagaan beliau ini dapat membantu lebih ramai orang.

 

GAMBAR