KELAS ICT – ANIMATED DRAWING |
Tarikh | : 4 Mac 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |
Tempat | : NADI Felda Bukit Damar |
Bilangan Peserta | : 8 orang |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang animasi ringkas.
AKTIVITI
Kelas bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang terdiri dari 8 orang kanak-kanak berumur 5-7 tahun. Peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) – cara penggunaan peranti /gajet dengan bijak sebelum memulakan kelas.Peserta dikehendaki melukis satu karakter yang diminati di atas kertas lukisan.Peserta diminta mengambil gambar lukisan masing-masing menggunakan peranti tablet dan di muatturun di laman web https://sketch.metademolab.com/ untuk menghasilkan animasi ringkas.