mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Siti Mariam binti Senen

 BELAJAR KEMAHIRAN KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

 

TAHUN MENJADI AHLI PEDI : 2018

UMUR : 37 tahun

LATAR BELAKANG

Siti Mariam yang mesra dipanggil Pn. Siti , 37 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi ke-2 yang sentiasa aktif menglibatkan diri pelbagai program di PEDi Felda Bukit Damar. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi sejak dari tahun 2018 dan menjadi salah seorang skuad sukarelawan PEDi. Setelah menamatkan pelajaran di peringkat tingkatan 6 beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Pn. Siti telah terlibat dengan pelbagai jenis pekerjaan. Beliau pernah bekerja sebagai seorang guru pusat asuhan di Pusat Literasi Keluarga (PLK) Felda Bukit Damar. Sebagai seorang guru beliau perlu mengenal aplikasi pembelajaran dan juga perlu membuat laporan bulanan. Dalam masa yang sama juga Pn. Siti pekerja sambilan di kantin sekolah. Beliau ditugaskan untuk membantu pengusaha kantin membuat aliran tunai dan kerja-kerja dokumentasi yang lain. Kebanyakan tugas yang dipikul hanya dilaksanakan secara manual dan tidak teratur. Atas nasihat petugas PEDi, Pn. Siti disarankan untuk mengikuti kelas computer yang dianjurkan oleh PEDi bagi memantapkan kemahiran komputer beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Menyedari kepentingan menguruskan dokumen secara sistematik, beliau berusaha mempelajari penggunaan komputer di PEDi Felda Bukit Damar. Beliau sering mengikuti kelas komputer seperti kelas menaip pantas, Microsoft Office (Ms Word, Ms Power Point, Ms Excel), internet dan aplikasi pembelajaran untuk memudahkan beliau mengajar di PLK. Kini, beliau telah mahir untuk membuat laporan bulanan, aliran tunai dan pelbagai dokumentasi dengan lebih teratur dan sistematik. Atas usaha beliau dalam mahir dalam pengguaan komputer, beliau juga diberi kepercayaan oleh petugas PEDi untuk menjadi pekerja sementara di PEDi Felda Bukit Damar sepanjang cuti sekolah disebabkan kekosongan jawatan penolong pengurus.

GAMBAR