MICROSOFT OFFICE DAN APLIKASI ONLINE |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2019
UMUR : 29 tahun
LATAR BELAKANG
Nurul Faizah atau lebih dikenali Pn. Faizah, 29 tahun merupakan salah seorang anak peneroka di Felda Bukit Damar. Beliau antara salah seorang belia yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI Felda Bukit Damar. Beliau sudah berumah tangga dan memiliki seorang anak.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pn. Faezah mula mengenal ilmu ICT ketika di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor kurang berminat, pembelajaran penggunaan komputer tidak dipandang serius. Setelah tamat pengajian dan setelah mendirikan rumah tangga, beliau bercadang untuk mencari pekerjaan yang sesuai namun kekurangan ilmu dalam bidang perkomputeran menyukarkan beliau mendapatkan pekerjaan yang diingini. Hal ini telah menyedarkan beliau dan mengambil peluang untuk mempelajari penggunaan komputer dan internet di Pusat Internet Felda Bukit Damar.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Pn. Faezah mula mengikuti kelas komputer pada bulan Jan 2019 dan kini masih lagi mengikuti kelas komputer di PI Bukit Damar. Sepanjang kelas komputer yang disertainya, beliau gigih mempelajari asas kemahiran komputer dan perisian Microsoft Office (Ms Word & Ms Excel). Beliau juga mempelajari teknik penulisan resume dalam persediaan untuk mencari peluang pekerjaan.
GAMBAR
Pages: 1 2