mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Nurul Ainim Bt Md Yatim

 

 BELAJAR INTERNET & MENAIP

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2017

UMUR : 26 tahun

 

LATAR BELAKANG

Nurul Ainin, 26 tahun merupakan salah seorang menantu kepada peneroka di Felda Bukit Damar. Beliau bekerja sendiri dengan membuka gerai makan dan beliau juga antara salah seorang belia yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI1M Felda Bukit Damar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Nurul Ainin mula mengenal ilmu ICT ketika di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor kurang berminat, pembelajaran penggunaan komputer tidak dipandang serius. Setelah mendirikan rumah tangga dan mula berjinak membuka perniagaan beliau berminat untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan komputer dalam urusan perniagaan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Nurul Ainin mula mengikuti kelas komputer pada bulan Feb 2017. Disebabkan beliau mula berjinak-jinak membuat perniagaan secara kecil-kecilan, beliau mula kembali mempelajari perisian Microsoft Office bagi memudahkan urusan perniagaan beliau. Beliau telah mengikuti kelas komputer MS Word pada awal bulan Februari 2017 dan sehingga kini masih lagi mengikuti kelas lanjutan seperti MS Excel, Ms Power Point dan MS Publisher. Beliau kini mampu membuat iklan perniagaan dan juga surat menyurat untuk memohon bantuan kewangan.

 

GAMBAR