| MICROSOFT OFFICE DAN APLIKASI ONLINE |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2018
UMUR : 25 tahun
LATAR BELAKANG
Nur Shuhada atau lebih dikenali Pn. Ada, 25 tahun merupakan salah seorang anak peneroka di Felda Bukit Damar. Beliau antara salah seorang belia yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI1M Felda Bukit Damar. Beliau sudah berumah tangga dan memiliki seorang anak.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pn. Ada mula mengenal ilmu ICT ketika di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor kurang berminat, pembelajaran penggunaan komputer tidak dipandang serius. Setelah tamat pengajian dan setelah mendirikan rumah tangga, beliau bercadang untuk mencari pekerjaan yang sesuai namun kekurangan ilmu dalam bidang perkomputeran menyukarkan beliau mendapatkan pekerjaan yang diingini. Hal ini telah menyedarkan beliau dan mengambil peluang untuk mempelajari penggunaan komputer dan internet di Pusat Internet Felda Bukit Damar.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Pn. Ada mula mengikuti kelas komputer pada bulan Jun 2018 dan telah menamatkan kelas pada Nov 2018. Sepanjang kelas komputer yang disertainya, beliau gigih mempelajari asas kemahiran komputer dan perisian Microsoft Office (Ms Word & Ms Excel). Beliau juga mempelajari teknik penulisan resume dalam persediaan untuk mencari peluang pekerjaan. Kini beliau telah memperoleh pekerjaan sebagai penjaga akaun sambilan bagi perusahaan kecil-kecilan usahawan di Felda Bukit Damar. Sehingga kini beliau masih berhubung dengan petugas PI1M jika mempunyai masalah dalam urusan perisian Ms Excel.
GAMBAR
Pages: 1 2


