BELAJAR MENAIP DAN ASAS KOMPUTER – OKU |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2019
UMUR : 19 tahun
LATAR BELAKANG
Norzarifah Sairah Binti Rosli, 19 tahun merupakan salah seorang pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kini mengikuti sesi pembelajaran di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Damaria. Beliau antara salah seorang pelajar PDK yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI Felda Bukit Damar kerjasama dengan pihak PDK Damaria.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau yang dikenali sebagai Zafirah memiliki kad OKU jenis masalah pembelajaran yang mana menghadkan kebolehan beliau untuk membaca dan menulis. Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet, Zafirah agak sukar untuk membaca dan kurang berminat dalam sesi pembelajaran walaupon telah diajar di PDK oleh guru-guru.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah Zafirah mengikuti kelas ICT di Pusat Internet, beliau sangat teruja dan lebih meminat untuk mengeja dan membaca. Beliau juga agak mahir menggunakan peralatan komputer seperti tetikus dan juga papan kekunci. Sesi pembelajaran juga dipelbagaikan. Bukan sahaja belajar menaip tetapi juga kemahiran menggunakan tetikus dengan aplikasi mewarna secara online, ‘game’ pendidikan dan sebagainya. Kini Zafirah lebih cepat mengeja perkataan dan juga membaca hasil dari sesi pembelajaran ICT yang berlangsung sebulan sekali di Pusat Internet.
GAMBAR
Pages: 1 2