mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Muhammad Aqib Bin Sarizal

 BELAJAR ASAS KOMPUTER

 

TAHUN MENJADI AHLI PEDI : 2018

UMUR : 8 tahun

 

LATAR BELAKANG

Aqib, 8 tahun merupakan salah seorang cucu peneroka generasi ke-3 di Felda Bukit Damar. Beliau merupakan pelajar tahun 2 di Sekolah Rendah Felda Bukit Damar. Beliau antara salah seorang ahli PEDi yang sentiasa menggunakan kemudahan yang terdapat di PEDi dan mengikuti kelas komputer serta kelas tuisyen yang dianjurkan oleh PEDi Felda Bukit Damar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Muhammad Aqib mula didedahkan dengan penggunaan komputer ketika berumur 4 tahun di mana beliau pernah mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi Bukit Damar ketika belajar di Pusat Literasi Keluarga (PLK). Sesi pembelajaran yang sebelumnya hanya berdasarkan buku, pensel warna dan kertas sahaja, kini lebih interktif dengan adanya kemudahan teknologi komoputer (netbook) yang dibekalkan oleh PEDi untuk pelajar-pelajr PLK.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Sebagai seorang pelajar sekolah, beliau sentiasa menggunakan kemudahan internet untuk menimba ilmu pengetahuan. Dikala rakan-rakan sering menggunakan kemudahan internet dengan bermain permainan atas talian, beliau menggunakan laman web Youtube pendidikan untuk mengulang kaji pelajaran. Beliau juga saring menjawab kuiz secara atas talian mengikut subjek pelajalaran yang digemarinya. Pada hujung minggu, Aqib juga mengikuti kelas e-tuisyem yang dianjurkan di PEDi Bukit Damar. Beliau juga mengikuti kelas menaip menggunakan aplikasi ‘Typing Master’ yang membantu beliau menaip dengan pantas dan sususan tanda baca yang betul. Kini beliau lebih mahir menaip dan mampu menaip teks ringkas dengan tanda baca yang betul.

GAMBAR