mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Mohamad Fairuz Bin Abd Halim

 BELAJAR MENAIP DAN ASAS KOMPUTER – OKU

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2019

UMUR : 25 tahun

 

LATARBELAKANG

Mohamad Fairus Bin Abd Halim merupakan, 25 tahun merupakan salah seorang pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang belajar di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Damaria. Beliau antara salah seorang pelajar PDK yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI Felda Bukit Damar kerjasama dengan pihak PDK Damaria.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Fairus mempunyai masalah pembelajaran yang mana menghadkan kebolehan beliau untuk membaca dan menulis. Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet, Fairus agak sukar untuk membaca dan mengeja perkataan. Guru di PDK sering mengajar beliau untuk menulis tetapi Fairus agak keberatan kerana kurang berminat.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah Fairus mengikuti kelas ICT di Pusat Internet, beliau sangat teruja dan lebih meminati untuk mengeja dan membaca. Beliau juga agak mahir menggunakan peralatan komputer seperti tetikus dan juga papan kekunci. Sesi pembelajaran juga dipelbagaikan. Bukan sahaja belajar menaip tetapi juga kemahiran menggunakan tetikus dengan aplikasi mewarna secara online, ‘game’ pendidikan dan sebagainya. Kini Fairus lebih cepat mengeja perkataan dan juga membaca hasil dari sesi pembelajaran ICT yang berlangsung sebulan sekali di Pusat Internet.

 

GAMBAR