| BELAJAR INTERNET & MICROSOFT OFFICE |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2017
UMUR : 35 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Masliha, 35 tahun merupakan salah seorang menantu kepada peneroka di Felda Bukit Damar. Beliau seorang surirumah dan beliau juga antara salah seorang belia yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI1M Felda Bukit Damar.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pn. Masliha mula mengenal ilmu ICT ketika di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor kurang berminat, pembelajaran penggunaan komputer tidak dipandang serius. Setelah mendirikan rumah tangga dan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah beliau berminat untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan komputer dalam urusan harian.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Pn. Masliha mula mengikuti kelas komputer pada bulan Feb 2017. Beliau telah mengikuti kelas komputer MS Word pada awal bulan Februari 2017 dan sehingga kini masih lagi mengikuti kelas lanjutan seperti MS Excel, Ms Power Point dan MS Publisher. Beliau kini mampu menguasai MS Word, MS Power Point dan Ms Publisher dengan baik. Beliau juga kini sedang berjinak untuk mempelajari e-dagang seperti perbankan dalam talian dan sebagainya.
GAMBAR
Pages: 1 2


