mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Mahruniza binti Abd Rahman

 PENGURUSAN DOKUMENTASI & MICROSOFT OFFICE

 

TAHUN MENJADI AHLI PEDi : 2018

UMUR : 49 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Pn. Mahruniza, 49 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi ke-2 yang sentiasa aktif menglibatkan diri pelbagai program di PEDi Felda Bukit Damar. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi sejak dari tahun 2018 dan menjadi salah seorang skuad sukarelawan PEDi.
 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Pn. Mahruniza adalah salah seorang usahawan bimbingan PEDi yang mengusahakan perniagaan makanan proses iaitu sos cili dan acar buah. Sebelum penglibatan PEDi, Pn. Mahruniza menjalankan perniagaan secara ‘offline’ iaitu memproses makanan jika ade tempahan dan jualan secara langsung sahaja. Segala dokumentasi perniagaan seperti laporan kewangan dan resit perbelanjaan hanya direkodkan di dalam buku secara manual. Hal ini amat menyulitkan beliau untuk mengira keuntungan bulanan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Menyedari kepentingan menguruskan dokumen secara sistematik, beliau berusaha mempelajari penggunaan komputer di PEDi Felda Bukit Damar. Beliau sering mengikuti kelas komputer seperti kelas menaip pantas, Microsoft Office (Ms Word, Ms Power Point, Ms Excel), internet dan aplikasi pembelajaran untuk memudahkan beliau menguruskan laporan kewangan perniagaan beliau.

GAMBAR