BELAJAR MENAIP DAN ASAS KOMPUTER – OKU |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2017
UMUR : 34 tahun
LATAR BELAKANG
Khairudin Bin Mat Aris 34 tahun merupakan salah seorang pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang belajar di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Damaria. Beliau antara salah seorang pelajar PDK yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI Felda Bukit Damar kerjasama dengan pihak PDK Damaria.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Khairudin mempunyai masalah pembelajaran yang mana menghadkan kebolehan beliau untuk membaca dan menulis. Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet, Khairudin agak sukar untuk membaca dan kurang memberi perhatian ketika sesi pembelajaran.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Ketika mengikuti sesi pembelajaran kelas ICT di Pusat Internet, beliau sangat teruja dan lebih meminat memberi perhatian ketika guru sedang mengajar. Beliau juga agak mahir menggunakan peralatan komputer seperti tetikus dan juga papan kekunci. Sesi pembelajaran juga dipelbagaikan. Bukan sahaja belajar menaip tetapi juga kemahiran menggunakan tetikus dengan aplikasi mewarna secara online, ‘game’ pendidikan dan sebagainya. Kini Khairudin lebih cepat mengeja perkataan dan juga membaca hasil dari sesi pembelajaran ICT yang berlangsung sebulan sekali di Pusat Internet.
GAMBAR
Pages: 1 2