mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Izz Aqil Hfiy Bin Norhisham

 MEMBAIKI KEMAHIRAN MENAIP & MICROSOFT OFFICE

 

TAHUN MENJADI AHLI PEDi : 2023

UMUR : 11 Tahun

LATAR BELAKANG

Izz Aqil Hfiy merupakan murid sekolah rendah di Sekolah Rendah Felda Bukit Damar, Lanchang yang berusia 11 tahun. Beliau telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Damar iaitu pada bulan Jan 2023. Beliau sering memenuhi masa lapang dengan melayari internet di PEDi. Selain itu, beliau turut mengikuti kelas dan program yang diadakan di PEDi setiap bulan.
 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum mengikuti kelas di PEDI Felda Bukit Damar, beliau tidak mengenali dengan jelas setiap fungsi perkakas komputer dan kurang mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Izz Aqil Hfiy dibimbing oleh petugas untuk menggunakan peralatan komputer dengan betul, mengikuti kelas latihan menaip serta kelas-kelas ict yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Melalui kelas dan program ICT, pelbagai latihan asas komputer dan modul telah diberikan kepada beliau. Hasilnya, Izz Aqil Hfiy menunjukkan peningkatan yang baik dalam kemahiran dan pengetahuan asas komputer. Antaranya adalah menggunakan ‘search engine googles’ dalam mencari maklumat, gambar dan menyimpan gambar. Selain itu, beliau juga telah dibimbing untuk belajar Ms Word, Ms Power point, Ms Excel, suntingan gambar dan poster atas talian. Izz Aqil Hfiy juga aktif dalam meyertai setiap program dan kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas E-tuisyen dan sebagainya.

GAMBAR