BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE |
TAHUN MENJADI AHLI PEDi : 2018
UMUR : 47 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Haslina, 47 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi ke-2 di Felda Bukit Damar. Beliau bertugas sebagai guru agama KAFA di Sekolah Agama Nurul Iman Felda Bukit Damar yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak Tahun 1 hingga Tahun 6. Beliau juga antara salah seorang belia yang sentiasa menggunakan kemudahan yang terdapat di PEDi dan mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi Felda Bukit Damar.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebagai seorang guru KAFA, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat memberi impak kepada tugas sebagai guru. Dalam masa yang sama juga, beliau sedang melanjutkan pelajaran di Open Universiti (OUM) dalam jurusan Diploma Islamic Studies and Education. Banyak tugasan dan laporan yang perlu disiapkan menggunakan perisian komputer.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
DIsebabkan kurang kemahiran mengendalikan komputer dan intenet, tetapi dengan kesungguhan beliau cuba untuk memberi yang terbaik sepanjang proses pembelajaran atas talian. Beliau mengambil inisiatif untuk bertemu dengan petugas PEDi dan memasuki beberapa kelas komputer terutama kelas Microsoft Office dan Internet.
Beliau mula berminat untuk mengikuti kelas komputer sejak tahun pertama sesi pembelajaran beliau di OUM dimana beliau diminta membuat beberapa tugasan menggunakan komputer. Dalam masa yang sama juga, tugas sebagai guru KAFA yang menuntut beliau mengendalikan PdPR juga perlu dilaksanakan dengan sempurna. Beliau di beri tunjuk ajar menggunakan kuiz online seperti Kahoot. IT dan Quizizz sebagai salah satu pembelajaran interaktif kepada murid-murid beliau.
Atas dorongan dan tunjuk ajar petugas PEDi, kini Pn. Haslina dapat melaksanakan setiap tugasan di sekolah dengan lebih tersusun dan mempelbagaikan aktiviti pelajarnya dengan penggunaan digital. Selain dari mempelajari kaedah melayari internet, Pn.
Haslina juga mengikuti kelas komputer seperti MS Word, MS Excel, MS Power Point, MS Publisher dan juga mempelajari melayari laman web khususnya blog pembelajaran dan juga tontonan video di laman web YouTube. Beliau kini mampu menggunakan ICT dalam melaksanakan tugasan sebagai guru agama dan penggunaan digital dalam mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
GAMBAR
Pages: 1 2