mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Tempat Menarik Di Lanchang

GAJAH
 PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH


ALAMAT :

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan PERHILITAN, 28500 Lanchang Pahang

TENTANG PUSAT KONSERVASI

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.

img 6132nicfeedingesm     95f2

AKTIVITI PELAWAT

Memerhati Kumpulan Anak Gajak Di Kawasan Trail Interpretasi:
– Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.

Menonton Tayangan Video:
– Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.

Gajah Mandi Dan Dibersihkan Oleh Mahout:
– Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.

Penerangan Konservasi Gajah Di Pentas Interpretasi:
– Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.

Sumber : klustertemerloh.blogspot.my

 

 TAMAN RUSA DEERLAND


4

ALAMAT :

Taman Rusa Deerland, 28500 Lanchang, Pahang

TENTANG DEERLAND

Deerland terletak tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Kawasan Simpanan Hidupan Liar Krau. Satu lagi pusat haiwan menarik dibuka untuk lawatan. Terletak di atas tanah milik pensendirian, berkeluasan 4 hektar ladang rusa yang mempunyai lebih 30 rusa Indonesia (timorences Cervus), selain daripada rusa, terdapat juga burung unta, ular, musang dan lain-lain.

2542110020 548805b905     DSC 9652

OVERVIEW

Dalam persekitaran semula jadi yang tenang dan tidak disentuh, anda akan mendapat peluang untuk berinteraksi dengan rusa secara dekat. Selain daripada mempelajari lebih lanjut mengenai mereka, anda juga mendapat peluang untuk memberi makan kepada rusa. Selain itu, ada juga burung unta, musang, ular dan banyak lagi untuk membuat anda terhibur. Tarikan lain termasuk kawasan khusus untuk menanam herba dan rempah. Terdapat lebih daripada 40 spesies herba termasuk Tongkat Ali yang sentiasa terkenal yang dipercayai mempunyai ciri-ciri perubatan.

PENGANGKUTAN

Cara yang terbaik untuk melawat Deerland adalah dengan memandu sendiri. Dengan cara itu anda juga boleh meneroka tarikan-tarikan lain yang berdekatan. Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak ke Lanchang. Selepas Plaza Tol Lanchang anda akan dapat melihat papan tanda untuk Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Deerland Park terletak di sebelah kanan jalan untuk ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Perjalanan ini mengambil masa 2 jam dari Kuala Lumpur.

Sumber : klustertemerloh.blogspot.my

 

 GANDAH FOREST PARK CHALET


3

ALAMAT :

Bersebelahan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

TENTANG GANDAH FOREST PARK

Gandah Forest Park Chalet adalah sebuah tempat yang perlu di kunjungi apabila anda berkunjung ke Negeri Pahang Darul Makmur. Ia merupakan tempat penginapan dan aktivit lasak yang pasti tidak dapat dilupakan.

2     6

Gandah Forest Park menyediakan pelbagai aktiviti seperti ATV Adventure Ride, memanah & Jungle Tracking. Juga menyediakan aktiviti lain seperti penginapan, backpacker, perkhemahan, Team Building, Hari Keluarga dan Katering. Kedudukannya hanya bersebelahan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah. Jangan lepaskan peluang anda ke Gandah Forest Park Chalet untuk mengalami pengalaman yang menakjubkan.

Sumber : klustertemerloh.blogspot.my

 

 LANCHANG EDIBLE GARDEN @ LANCHANG BAMBOO


3 1

ALAMAT :

Lot 8, Taman Pertanian Moden Lanchang, 28500 Lachang, Pahang

TENTANG LANCHANG BAMBOO

Pernah tak anda terfikir tidur dibawah rimbunan buluh?? Bangun pada subuh hari dapat menghidu bau-bauan dari pohon buluh.. Tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit semata untuk melihat buluh di negara Jepun atau China.. Di Malaysia pun terdapat tanaman buluh ini.. Disni juga adalah tempat menghasilkan pelbagai produk berasaskan buloh seperti arang, sabun, jeruk rebung madu dan lain -lain. Anda boleh menginap untuk mencari ketenangan jiwa, fikiran dan rohani.

10     7

Sumber : klustertemerloh.blogspot.my