| PROGRAM CUTI SEKOLAH @ PEDi FELDA BUKIT DAMAR |
| Tarikh | : 8-11 Mac 2023 |
| Masa | : 10.00 pagi – 05.00 petang |
| Tempat | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Damar |
| Bilangan Peserta | : 20 orang |
TUJUAN
Mendedahkan penggunaan komputer dan internet dalam sistem pembelajaran dengan cara lebih interaktif dan seronok.Mempelajari penggunaan perisian komputer secara komprehensif sepanjang cuti sekolah.
AKTIVITI
Kelas bermula jam 10.00 pg hingga 5.00 petang setiap hari (sesi pagi dan petang).Kelas ICT terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori sekolah rendah (2 hari) dan sekolah menengah (1 hari).Modul latihan yang disediakan oleh petugas PEDi adalah berdasarkan tahap kemahiran setiap kategori.Hari pertama program dimulakan dengan Latihan menaip, Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint (slide presentation) untuk pelajar sekolah rendah. Hari kedua program, peserta didedahkan dengan latihan mencipta poster ‘pokok keluarga’ menggunakan Microsoft Power Point pada sesi pagi dan penggunaan laman web postermywall.com untuk mencipta poster bertemakan ‘Klik Dengan Bijak’ pada sesi petang.Pada hari ketiga, peserta sekolah menengah seramai 10 orang mengikuti kelas Rapid Typingdan Microsoft Word untuk mengasah kemahiranmenaip secara pantas.Pada sebelah petang, peserta diberi taklimatberkenaan ‘Klik Dengan Bijak’ dan peserta diajar menggunakan‘Canva – Presentation’ untuk membuat pembentangan tugasan. Peserta diberi tugasan membuat pembentangan bertajuk ‘Jenis Jenayah Siber’.
Di akhir kelas, setiap peserta membentangkan ‘slide presentation’ masing-masing untuk tatapan peserta yang lain.
GAMBAR DISINI

















