| BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE |
TAHUN MENJADI AHLI PIK : 2010
UMUR : 22 tahun
LATAR BELAKANG
Nurain Atiqah, 22 tahun merupakan salah seorang cucu peneroka generasi ke-3 di Felda Bukit Damar. Beliau merupakan antara salah seorang belia yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PIK Felda Bukit Damar.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Nurain mula mengenal ilmu ICT ketika di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor kurang berminat, pembelajaran penggunaan komputer tidak dipandang serius. Setelah tamat pengajian, sementara menunggu peluangpendidikan di peringkat lebih tinggi, beliau bercadang untuk mencari pekerjaan yang sesuai namun kekurangan ilmu dalam bidang perkomputeran menyukarkan beliau mendapatkan pekerjaan yang diingini. Hal ini telah menyedarkan beliau dan mengambil peluang untuk mempelajari penggunaan komputer dan internet di Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Nurain mula mengikuti kelas komputer pada bulan Jan 2021 dan telah menamatkan kelas pada April 2021. Sepanjang kelas komputer yang disertainya, beliau gigih mempelajari asas kemahiran komputer dan perisian Microsoft Office (Ms Word & Ms Excel). Beliau juga mempelajari teknik penulisan resume dalam persediaan untuk mencari peluang pekerjaan. Kini beliau banyak membantu ibunya seorang guru KAFA melakukan tugasan yang melibatkan penggunaan komputer. Sehingga kini beliau masih berhubung dengan petugas PIK jika mempunyai masalah dalam urusan perisian Microsoft Office.
GAMBAR
Pages: 1 2


