USAHAWAN PRODUK MAKANAN BASAH |
TAHUN MENJADI AHLI PIK : 2014
UMUR : 44 tahun
LATAR BELAKANG
Puan Rozila, 44 tahun merupakan salah seorang usahanita yang mengusahakan perniagaan berasaskan makanan secara atas talian. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Walaupon Pn. Rozila dan suami telah mempunyai perniagaan bengkel kereta, namun atas minat dan dorongan dari keluarga, beliau gemar menceburi bidang perniagaan makanan secara atas talian.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau merupakan salah seorang usahawanita yang mengusahakan produk makanan tradisional Jepun iaitu sushi. Atas inisiatif dan kreativiti sendiri, Pn. Rozila mencipta pelbagai jenis sushi mengikut selera orang tempatan. Pada awalnya, beliau tidak mahir menggunakan media sosial sebagai salah satu medium perniagaan dalam talian. Beliau hanya membuka akaun ‘Facebook’ untuk peribadi sahaja. Namun setelah mengikuti beberapa kelas usahawan di Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar, beliau menyedari kepentingan media sosial dalam perniagaan. Beliau mula mengemaskini ‘status’ facebook beliau dengan memperkenalkan produk jualannya dan juga memuatnaik gambar-gambar hasil jualannya. Beliau juga tidak melepaskan peluang mengikuti kelas usahawan Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar sebagai cabang ilmu kepada perniagaan dalam talian.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Kini perniagaan beliau dikenali ramai dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan. Sejak menjalankan perniagaan dalam talian, pelanggan Pn. Rozila bukan sahaja di sekitar Felda Bukit Damar tetapi telah melangkawi seluruh mukim Semantan. Jika dahulu pendapatan Pn. Shazlina hanya sekitar RM50 sebulan tetapi kini telah mencapai RM 500 sebulan.
GAMBAR
Pages: 1 2