BELAJAR MENAIP & ASAS KOMPUTER – OKU |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2019
UMUR : 20 tahun
LATAR BELAKANG
Nurul Najwa Massitah yang mesra dipanggil Najwa , 20 tahun merupakan salah seorang pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang masih menuntut di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Damaria. Beliau antara salah seorang pelajar PDK yang sentiasa mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI Felda Bukit Damar kerjasama dengan pihak PDK Damaria.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Najwa mempunyai masalah pembelajaran yang mana menghadkan kebolehan beliau untuk membaca dan menulis. Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet, Najwa agak sukar untuk membaca dan mengeja perkataan. Guru di PDK sering mengajar beliau untuk menulis tetapi Nana agak keberatan kerana kurang berminat.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah Najwa mengikuti kelas ICT di Pusat Internet, beliau sangat teruja dan lebih meminat untuk mengeja dan membaca. Beliau juga agak mahir menggunakan peralatan komputer seperti tetikus dan juga papan kekunci. Sesi pembelajaran juga dipelbagaikan. Bukan sahaja belajar menaip tetapi juga kemahiran menggunakan tetikus dengan aplikasi mewarna secara online, ‘game’ pendidikan dan sebagainya. Kini Najwa lebih cepat mengeja perkataan dan juga membaca hasil dari sesi pembelajaran ICT yang berlangsung sebulan sekali di Pusat Internet.
GAMBAR
Pages: 1 2